tips menyelesaikan kursus online i-think (KiDT 2016) dengan pantas


Setelah berjaya menamatkan kursus ini, beberapa tips ini mungkin berguna untuk anda.
1. Sekiranya paparan seperti di atas berlaku lebih dari 2 minit, berkemungkinan ia akan berputar selamanya. Ikut arahan seperti di laman utama mygfl, install/tukar java, flash player dan mozilla firefox.

2. Server KPM tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang ramai dan akan mendapat paparan seperti di bawah. Waktu terbaik adalah selepas tengah malam sehingga pagi. Biasanya saya akan run pada pukul 5-7 pagi sebelum pergi kerja. 

3. Walaupun anda mungkin dapat membuka browser aplikasi kursus pada waktu siang, kemungkinan besar progres anda tidak disimpan kerana server yang tidak stabil. Sebagai contoh anda telah menghabiskan modul-modul kecil seperti di bawah. Anda telah keluar dan quit seperti diarahkan.
tetapi apabila anda log in semula, anda dapati progres anda tidak disimpan dan garisan kuning dikeliling kotak hijau yang menunjukkan modul kecil itu telah dibuat, hilang seperti di bawah.
,
perkara seperti ini, juga boleh berlaku di waktu malam atau tengah malam. Biasanya saya hanya menyiapkan satu modul kecil dan kemudian quit untuk simpan. Saya akan log in semula untuk memastikan progres saya benar-benar disimpan dan menyambung modul seterusnya. Sekiranya progres saya tidak disimpan, sekurang-kurangnya saya hanya perlu mengulang semula satu modul sahaja, berbanding 3 seperti contoh di atas.

4. setelah tamat modul-modul kecil seperti di atas, anda akan dipindahkan ke modul utama seterusnya contohnya dari modul ""six starting point kepada modul "visual tools for learning" seperti rajah dibawah.
anda akan dapati ia akan sentiasa berpusing dalam waktu yang lama sebelum masuk ke modul seterusnya atau mungkin juga tidak berhenti sampai bila-bila. Anda perlu klik modul "visual tool for learning" seterusnya seperti di bawah, tetapi sebaiknya, biarlah ia berpusing dahulu beberapa ketika, mungkin 30 saat.


5. Pada modul utama peta titi, dalam modul kecil pemahaman, anda akan tersangkut pada keadaan di bawah.
setelah menekan butang teruskan, butang anak panah next tidak berkelip. Sekiranya anda menekan butang next tanpa menunggu ia berkelip, anda akan dianggap tidak menyiapkan tugasan. Penyelesaiannya, jawab dengan jawapan salah bagi soalan ini, atau jawab dengan option bahasa Inggeris, maka butang next anda akan berkelip.

6. berhati-hati dengan modul yang panjang, kerana ia mudah tidak disimpan. Terutamanya bagi modul final assessment. Anda belum menyiapkan ujian, dan tiba-tiba server terputus, progress ujian anda tidak disimpan. Bagi menyiapkan final assessment, saya bermula pada pukul 2 pagi kerana pada ketika ini, server lebih stabil. Itupun saya masih perlu mengulang modul final proses pemikiran sebanyak tiga kali.

7. bagi final assessment terdapat soalan yang sukar dibaca seperti di bawah. Saya tarik sahaja. 


8. Sebaik-baiknya, sambil anda menyiapkan modul ini, buatlah kerja-kerja lain seperti menulis rph, membuat kerja rumah dsb, kerana sekiranya progress anda tidak disimpan, tidaklah anda merasa masa anda disia-siakan.

9. Siapkan setiap modul sepantas mungkin. Sekiranya ada aktiviti yang perlu dilaksanakan, jangan mengambil masa lama. Biasanya saya buat acah-acah sahaja seperti di bawah, tekan butang simpan supaya butang next berkelip. Bukan malas, tetapi semakin lama anda membuat sesuatu modul, semakin besar kemungkinan ia tidak dapat disimpan. bayangkan anda berfikir dan menaip bersungguh-sungguh, tetapi kemudian hilang begitu sahaja dan perlu ulang semula.

10. Sekiranya keluar pop-up seperti di bawah, atau seangkatan dengannya, jangan teruskan modul. log out dan log in semula.


11. Tips ini adalah berdasarkan pengalaman saya. mungkin pengalaman tuan-tuan berbeza.

12. Secara keseluruhan, modul ini sangat bagus, dan saya telah aplikasikan di dalam kelas, terutama memastikan setiap peta mempunyai bingkai. Masalah utamanya ialah server.

13. Masalah server bukan masalah baru. Mungkin ia terlepas pandang, sebagaimana dalam peta pemikiran i-think yang diperkenalkan, tertinggal satu pemikiran penting, iaitu punca-penyelesaian. Peta pelbagai alir lebih fokus kepada pemikiran sebab dan akibat (punca-kesan) dan langsung tidak membincangkan pemikiran punca-penyelesaian. Agaknya sebab itulah, masalah server ini sehingga kini tidak diselesaikan.

14. Saya mengesyorkan setiap guru menjalankan kursus ini, ia dapat membantu anda mengaplikasi i-think di dalam kelas dengan lebih baik. Benar, masalah utama pelajar kita ialah mereka tidak mempunyai kemahiran berfikir dengan baik, dan puncanya kita tidak mendidik mereka untuk berfikir sendiri. Saya yakin i-think ini akan dapat memberi impak sekiranya disertakan dengan kaedah penyoalan yang dapat memprovok mereka untuk berfikir. Jangan beri jawapan, tetapi tunjuk cara bagaimana mereka perlu berfikir.

15. Percayakah anda, saya memulakan blog ini, adalah secara sambilan ketika menyiapkan kursus online ini.

0 comments:

Post a Comment